"Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam
itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu". (Al-Baqarah: 120)
Buku Yang Semestinya
Anda Miliki
Hanya RM10.00
(termasuk 15 Islamik ebook yang akan
ditambah dari masa ke semasa)
Perhatian...!!!!!!!
Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku.....
Oleh yang demikian
tempahlah sekarang
supaya tidak ketinggalan.......
Komen Dari Pembaca
Buku
Rahsia Untuk Umat Islam
From: "ROZEMAN HASSAN" <....@putera.com>
To: i_4islam@yahoo.com
Assalamualaikum W.B.T.
Kepada saudara/saudari penerbit buku diatas.
Saya amat tertarik dengan
rencana-rencana serta isi kandungan buku yang telah pihak saudara/saudari
terbitkan ini. Segala informasi sangat berguna kepada umat Islam
sekarang terutama anak-anak Islam serta remaja Islam di Malaysia ini.
Disini saya ingin atas dasar amanah, saya ingin meminta kebenaran
dari pihak penerbit untuk memberi kebenaran kepada saya untuk
berkongsi rencana ini didalam e-Forum yang telah pihak saya wujudkan.
Forum ini adalah berkenaan dengan E-student dimana semua student
terutama di Malaysia dapat berkongsi ilmu dan manfaat serta bertukar
fikiran dan pendapat antara satu sama lain. Forum ini juga bukanlah
berasaskan keuntungan kerana ia adalah forum percuma dan sesiapa
sahaja boleh menjadi ahli. Oleh itu, segala rencana dalam buku ini
dapat saya kongsikan kepada umat Islam yang lain yang mengakses
forum kami supaya mereka juga dapat memperolehi ilmu serta informasi
didalam buku ini. Semoga pihak penerbit dapat memberi kebenaran.
Dengan Nama ALLAH, ia tidak akan digunakan atas nama wang atau
keuntungan, tetapi diatas dasar berkongsi ilmu dan maklumat..
Assalamualaikum W.B.T.
Rozeman Bin Hassan
Pertanyaan
tentang buku
From: "Fadzil Hafiz" <.......@yahoo.com>
To: i_4islam@yahoo.com
Assalammualaikum,
Saya telah membaca sebuah buku terbitan E Noble Marketing bertajuk
RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM (ISBN: 978-983-42490-3-8) karangan Nazri bin
Zakaria. Saya berminat untuk membeli satu salinan buku tersebut. Di
manakah boleh saya dapati buku tersebut?
Sekian, terimah kasih.
Hafiz
Buku
From:
Emmy
Hermina Nathasia <.......@jpa.gov.my>
To: i_4islam@yahoo.com
Salam,
Saya telah membeli buku terbitan syarikat tuan
bertajuk RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM: Siri Mencari Keberkatan, hasil
tulisan Nazri Zakaria.
Jika saya ingin menempah buku ini sebanyak setengah
dozen, (6) buah, bolehkah saya mendapat buku ini dengan harga lebih
rendah berbanding RM10 sebuah?
Emmy
Berminat
Unk Mengedar Buku Rahsia Untuk Umat Islam
From: "frutavidaworld frutavida
world"<.....@yahoo.com>
To: i_4islam@yahoo.com
Saya
Emyrul
berminat untuk mengedarkan buku rahsia untuk umat islam...
rakan
saya ada membeli buku tersebut di brickfields tempuh hari dan isi yg
di kupas amat menarik sekali... so saya rasa buku ini perlu sampai
kepada semua umat islam...
ni phone saya 013......04
Assalamualaikum
From: "Syed Azaharul Asriq" <......@yahoo.com>
To: i_4islam@yahoo.com
Assalamualaikum, pihak Enoble Marketing.
Saya telah membaca buku terbitan anda bertajuk:
* Siri Mencari Keberkatan:Rahsia Untuk Umat Islam
Buku tersebut mempunyai fakta yang amat menarik sekali kerana buku
tersebut memberitahu dakyah dakyah musuh Islam.Ianya bagus menjadi
sumber rujukan bagi mengetahui helah musuh Islam.
Saya mahu menanya apakah tajuk lain buku terbitan pihak anda
berkaitan Siri Mencari Keberkatan ? Bolehkah encik memberi saya
senarainya serta harganya sekali?
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Buku
rahsia untuk umat islam
From: "hamizah jamaluddin" <......@yahoo.com.my>
To: i_4islam@yahoo.com
assalamualaikum.
bagaimana untuk dapatkan buku rahsia untuk umat islam?
saya ingin dapatkan bekalan buku tersebut untuk dijual di kedai saya.
tq.
minat
From: "bukhari safian" <........@yahoo.com.my>
To: i_4islam@yahoo.com
Assalamualaikum..saya Bukhari Safian dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) amat berminat dengan buku yang berjudul
"Rahsia Untuk Umat Islam" yang diterbitkan Enoble Marketing.
Saya
berharap agar buku seperti ini dapat dijual dan dipasarkan di
institusi-institusi pengajian dari peringkat sekolah hinggan ke
pengajian tinggi. Ini adalah kerana buku seperti ini dapat membuka
minda sekaligus dapat membentuk sebuah generasi yang di redhoi
Allah. Saya memohon agar pihak tuan dapat memberi nombor contac
untuk mudah dihubungi.
Membuat
Salinan
From: "Nuurul Akmal" <imankarmila_fillah@yahoo.com>
To: i_4islam@yahoo.com
Assalamualaikum,
ana nuurul akmal bt ruzali. ana tinggal di negeri sembilan tetapi
belajar di kolej matrikulasi perak.ana ingin meminta izin untuk
membuat copy/fotostat beberapa mukasurat dalam buku RAHSIA UNTUK
UMAT ISLAM karya En Nazri Zakaria.ana ingin membuat banyak salinan
dan sebarkan di kolej terutamanya berkenaan hari valentine,april
fool dan lain2.bagi ana ini adalah salah satu tanggungjawab ana
sebagai seorang muslim supaya saudara2 seislam kita yang lain turut
terdedah dengan berita ini.minta jasa baik tuan membenarkan ana
menyebarkan isi kandungan buku tersebut kepada saudara2 seislam yang
lain.